Siapa yang tak kenal dengan Korea Utara ni kan?..Satu-satu nya negara berfahaman komunis yang dipencilkan oleh masyarakat dunia sebab kedegilan diorang untuk teruskan program senjata nuklear walaupun telah diberi amaran oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)..Korang faham-faham je la kan, bila sesuatu negara dipencilkan maknanya negara tu dah terputus hubungan diplomatik dengan negara lain..So, bila hubungan diplomatik tak ada, ekonomi negara diorang jatuh sebab diorang tak boleh jalankan import dan export kat negara lain, dengan kata lain, tak ada proses perdagangan dua hala antara negara tu dengan negara lain..
Sebab tu kita tengok keadaan kat Korea Utara sekarang ni makin hari makin teruk, rakyat diorang kelaparan, ditindas dan hidup dalam keadaan kemiskinan..Pemimpin diorang je yang kaya-raya..So, bagi mengelakkan revolusi@kebangkitan rakyat Korea Utara, disamping ketatkan pengutakuasaan undang-undang, kerajaan diorang jugak set-up propaganda anti-Amerika terhadap musuh tradisi diorang, Amerika Syarikat bagi menunjukkan yang Amerika ni satu bangsa yang jahat (memang betul pun) dan adanya kerajaan Korea Utara sekarang adalah untuk melindungi rakyat dari kekejaman Amerika..
Biasalah, nama pun propaganda..Kalau dah selalu diulang-ulang, lama-lama benda yang tipu pun jadi betul..Apa-apa pun korang layan je la gambar-gambar kat bawah ni ekk =D
p/s: persengketaan Kapitalis dan Komunis yang tak habis-habis..
No comments:
Post a Comment