Wednesday, 24 July 2013

Lelaki tanpa Wajah...sadis.



 Ilmu perubatan menawarkan harapan baru kepada seseorang yang mempunyai tumor di wajahnya. Jose Mestre, dari Lisbon, Portugal, telah kehilangan wajahnya selama 35 tahun terakhir. Tumor di wajah Jose 51 tahun adalah kumpulan pembuluh darah yang telah berkembang, menghasilkan kawasan merah yang muncul pada permukaan kulit. Jose dilahirkan dengan tanda lahir seperti warna strawberi di bibir atasnya. Pada masa akil baligh tumor itu mulai tumbuh, akhirnya menutupi bibir, hidung dan salah satu matanya. Sekarang tumor itu panjangnya 33cm dan beratnya 3kg.

Jose pernah di wawancarakan oleh TV Discovery Channel berjudul 'The Man With No Face', bahagian siri 'My Shocking Story'. Ini menunjukkan bagaimana para ahli perubatan terbaik di London sekarang telah menghulurkan harapan membantu Jose, seorang tokoh yang dikenali di seluruh Lisbon. kerana ia menganut kepercayaan yang melarangnya melakukan pemindahan darah. Seorang ahli bedah Inggeris terkemuka telah menawarkan untuk menyarankan Jose menggunakan gelombang ultrasound untuk memekatkan darah sebelum operasi untuk menghilangkan risiko pendarahan berat serta keyakinan tentang pemindahan darah dalam prose .
Dr Iain Hutchison, St Bartholomew di London, yakin pembedahan dengan pisau bedah harmonik boleh membuatnya tampak jauh lebih normal. Discovery Channel berkata: "Dikelilingi oleh keluarga yang mencintai, nampaknya pekara yang luar biasa bagi dia walaupun dia belum dirawat dan wajahnya dibiarkan tumbuh begitu besar. Bukan kerana kekurangan kewangan atau keengganan untuk menjalani rawatan namun kerana keyakinan agama, yang menyebabkan ia enggan dibedah dan membiarkan tumor itu terus tumbuh dan melenyapkan wajahnya.

No comments:

Post a Comment