Friday, 26 July 2013

[Menarik] Budak Berusia 9 Tahun Ini Masuk Ke Turki Dengan Menggunakan Pasport Mainan =D

Pasport merupakan dokumen perjalanan diri yang sangat penting untuk memasuki sesebuah negara..Sebarang pemalsuan pada dokumen ini amat mudah dikesan oleh pegawai Imigresen yang bertugas..Walaubagaimana pun, masih terdapat seorang budak perempuan berusia 9 tahun melepasi kawalan ketat berkenaan dengan hanya menggunakan pasport mainan..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



Seorang budak perempuan berusia 9 tahun berjaya memasuki Turki dengan hanya menggunakan pasport mainan di mana pasport berkenaan hanya mempunyai foto identiti berupa patung unicorn (haiwan bertanduk satu).

Kejadian itu berlaku ketika budak yang berasal dari Wales, Emily Harris hendak bercuti bersama ahli keluarganya ke Turki. Emily dikatakan sengaja membawa pasport mainan itu sepanjang perjalanan.

Ketika keluarga berkenaan hendak diperiksa oleh petugas pemeriksa pasport di bandar Antalya, Si ibu, Nicky secara tidak sengaja menyerahkan pasport yang salah iaitu pasport mainan anak gadisnya itu.

Pegawai yang bertugas dikatakan tidak menyedari hal itu. Meski pun sudah nyata foto identiti pada pasport berkenaan mempunyai gambar haiwan bertanduk satu, namun pegawai tersebut tetap mengenakan cop pada pasport berkenaan.

Dilaporkan, pegawai yang bertugas kelihatan terlalu mengantuk dan membiarkan Emily masuk secara sah dengan menggunakan pasport mainan.

Pada awalnya, si ibu berasa terkejut dengan kejadian tersebut dan berasa sangat panik. "Saya panik kerana saya menyangka bahawa seseorang akan mengejar kami kerana menggunakan pasport palsu, namun ia tidak berlaku sama sekali," katanya.

Nicky menjelaskan, pasport mainan tersebut amat berbeza dan tidak kelihatan asli langsung. Muka depan pasport mainan itu mempunyai gambar patung beruang emas dan saiznya kelihatan lebih kecil berbanding pasport yang asli. "Pegawai itu juga sempat bertanyakan umur Emily sebelum mengecopnya," katanya.

"Pada mulanya, kami sekeluarga berasa khuatir namun kemudian kami mula berasa lucu. Kami ketawa apabila teringat pegawai itu mengecop pasport mainan itu,"


p/s: Jenuh la pegawai tu nak menjawab dengan orang atas..

No comments:

Post a Comment